RSS

Jom Kahwin Sayang !

Bismillah

" A true love story never ends "  

Sejak kenal lelaki nama Amir Ridwan, bolehla nak gelak terbahak-bahak bila teringat plan kerjaya zaman sekolah rendah kononnya lepas ijazah, sambung master, kerja, buat tesis blablabla umur 35 tahun macam tu baru nak kahwin. *gelak guling-guling*

Sejak kenal dia ni jugak, dh plan nak kahwin lepas SPM, nak kahwin lari, macam2 laaa. punya la sebab nak halalkan cepat2. tau datang dari mana pengaruh kena kahwin awal semua ni? sebab jadi BUDAK HOSTEL. duduk asrama, mrsm taiping tu ha. slogan paling femes time tu kan "kapel itu haram". aduh bullsh*t je bila fikir balik.

Aku punya la stress time tu, macam2 kot jadi. peer pressure. environment yg kononnya islamic. tapi tak putus pun and im grateful for that. mixed feeling weh fikir how long have we gone through to actually be at this stage *but still, kalau boleh jaga la diri. jauhkan la diri dari kapel lama2 macam aku ni. uhuk*

Almost 8 years together, finally we are reaching that stage where we are serious to talk about marriage, wed ceremony with our parents. Finally.. Gila terharu wehh. Sebelum ni, kalau cakap pasal kahwin je mmg kena "sembur" la.. gatal la,sibuk nak kahwin tak habis belajar la.. macam2. even skrg ni pun, wpun bolehla nk buat sembang. but still, diorg nak ktorg habis belajar dlu.. Haihh..

insyaAllah.. 2018 ni eh kawan2. tunggu kad kahwin kami ye. ahahahah


moga zati grad on time. amir pn grad on time. umur panjang, rezeki murah.. insyaAllah..

Pening jgak nk fikir tarikh. sbb yg penting bg ktorg 5-5-15 and also trikh first date 18-11-08. birthday ktorg plak 10-11 dgn 10-3. beriye pilih trikh, skli tu ahad. lol sgt ni. harapnya nk settle down 18-11-18, tp tu ahad. ntah laa..la, trikh best sokmo ahad je. ibu kata apa plak nk nikah hri ahad -.-
taknak la sbb trikh, duit dh ad nnti delay smpai 1thun.

papepun,

pray for us.



cant wait to settle down with you sayang

ahaa








Kerja Part Time : KFC Alor Gajah


Bismillah

" No one is perfect. Everyone with a bright future, has a dark past "

Haa. acah gitu. Ya Tuhan, dh kenapa last post kt sini pasal changes in relationship. dahla bila baca balik, mak aiihhh sedih bebenor. sah. post ditulis time PMS ataupun time "bercuti" luls. but it wasnt all false.  So, here I am. finally writing back,blogging AGAINNNNN. usually, I will take twitter as a shortcut to release my anger, share my unnecessary thoughts. but then, alang2 tengah buka laptop, kita update la sikit ye dok.



Balik ke rumah untuk cuti kali ni, 28/6/2016 (Selasa)

Minta kerja sebagai pembantu kedai 30/6/2016 (Khamis)

Minta kerja kt KFC 4/7/2016 (Isnin, 2pagi) - time ni keluar gi bazar dgn Amir

Masuk kerja hari yg sama, 4/7/2016, Isnin. 12tghari.


Sebenanrya, kebetulan time pergi KFC nampak ada 



KONTRAK RAYA 4/7-17/7 
2 minggu kerja, RM 530+


Dah dok tunggu kedai buku tu tak call, redah je la KFC. yela, kerja dua minggu je. duit pun dapat. redahkan aja. datang terus masuk kerja plak kauu. advantage sebenarnya sbb sblum ni mmg pernah kerja KFC pun as CSC and cashier.

So, hari pertama je kerja 12 tghri- 830mlm. Lepastu, selasa terus off day. rabu smpai ahad terus midnight shift, 12tgh mlm- 830 pagi. Midnight shift okayyy. sbb kt alor gajah ni ada satu je KFC. dan KFC ni plak skrg operasi 24 jam. dlu time aku kerja, masih belum 24 jam. cuma sehari selepas aku berhenti, dia naik taraf ke 24 hours. minggu kedua plak masuk 12tghri smpai 10mlm. rehat 2 jam. ye, rehat dua jam. janga menyampah ya.

Well, its a pleasant experience to work there actually. especially bila dpt kawan sekerja yg baik. diorg ni nmpk je ganas, bahasa kasar sikit but hati semua alhamdulillah baik.. paling syok of course la bila kita yg umur 24 ni , diorg igt baya diorg 19/20 thun. aduhh, hakak gembira dik. lol

tapi, skrg ni kt persimpangan jalan sbb manager ajak sambung kerja. dan kau plak bergelut dgn perasaan kau sbb as usual. semua benda yg kita buat msti ada pro and cons. tempat best mesti ada jgak kurangnyaa...

well, yg tak syiok sikit bila kerja ni. kau cashier tau. kerja kau bukan sekadar amik order customer. tp kena deal dgn bahagian BACKUP (team yg sediakan burger, masak fries, buat cheezy wedges peberet ngkorg tu, coleslaw, whipped potato dll) So, bila ramai sgt order, backup tak dpt nk cater semua yg kita nak. cashier plak bkn sorg, jadi nk kna tggu blabla.. aku tak suka. dh la tag number pun sikit. yg bhgian CSC (cleaning meja makan, hntr mknan kt cstomer with tag number) plak bila minta cari cstomer, xnk tanya cstomer wpun dh tulis terang2 bju kaler apa.. etc. 

luka last day kerja. darah2 pun still smbung amik order customer. tabah betul hakak time ni


ni baru part order. belum part luka lagi bila acah nk cepat. belum part nk deal dgn cstomer yg nk order ayam pun mak aihhh macam tgh pilih tarikh nk bernikah dik oii. tp ad je cstomer yg very good. ease our work. ad cstomer yg dik nk 2 rib, 1 thigh. lepastu air no ice. lepastu tukar itu ini. haaa laaaaa mmg aku igt order kau sorg je -.-
lepastu ada lagi. acah perangai manager (bukan semua, ada yg best), dan sbnrnya paling tak best adalah PUNCTUALITY. kau dtg kerja awal, tp still blik kerja xleh nk awal. nk kna refill brg la apa la... aku kena dh byk kali. working hours daily jadi 9-11jam tp gaji kira 8 jam. mana ada OT. tu yg berat gak ni nk smbung kejaaa..

haa, emosi hakak bila nk menaip ni.



acah sikit. tp rasa malas dh nk dtg awal, malas malas malas nk kerjaaaaa. tgokla working hours akak. mana ada cukup2 8jam. semua lebih -.-  dan tak kira OT tauu




special dedication utk tersayang, yg pantang ada masa je dtg lawat kita heee


tak dapat baju kfc sbb kontrak dua minggu jeee



Dah berhenti, tapi nama ada lagi utk minggu ni heh



takpe la. mmg susah nk dpt duit. kerja sehabis baik kot. tp gaji sikit je. kat sini la keinsafan tu muncul Alhamdulillah. bila dh susah mcmni, moga ada perasaan empati lebih skit. refresh balik niat. and apa pun.. ni semua pengalaman...

Lagi satu, nk sedapkan hati sendiri.Kan org pernah bincangkan tentang keberkatan gaji. ppl or the company may take advantage of us, not paying for extra time, get colleagues yg mengelat cthnya or anythng that might cause dscomfort to us. but at the end. keberkatan duit gaji tu Allah pandang dgn cara kerja kita. Berat jugak ni sbnrnya. setiap hari nk kna betulkan niat. 

lagi satu, sbb tmpat solat jauh. aduh,nk jaga masa solat tu mmg kena pandai cilok. kdg2 dh hjung waktu baru dpt cabut utk solat. kenapa lah kan renovate baru tp xsedia surau kecik or at least bilik yg proper sikit. hmm


Rasa kena buat diari kerja KFC luls. padahal seminggu pertama kerja, ibu dgn amir la jadi mangsa luahan perasaan. k, la mahu tdo. esok nk kna dptkn suntikn typhoid ke apa ntah utk pekerja bhgian food servise. lepastu kita kerja lahbalik kfc ni... untung kotnya cuti seminggu pun boleh kerja nnti. kalau la nak lagi :P


sekian ~